PENGALAMAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19 (TETAP ) - RISDA
TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19 - PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH ( RISDA)
Pada September 2016, achai menghadiri sesi temuduga bagi jawatan W19 di Pejabat Risda Negeri Sabah .
Pada masa tu, melangkah masuk sahaja pintu pejabat risda kelihatan begitu ramai calon yang hadir lebih kurang dalam ratusan calon jg pada masa tu untuk gred W19. Sesi temuduga dijalankan dari pagi hingga ke petang.
Selepas beri urusetia resume dan salinan berkaitan , sesi temuduga dijalankan dlm beberapa peringkat . Antaranya , saringan ujian air kencing. Apabila dpt keputusan calon diarahkan untuk ke peringkat seterusnya iaitu ujian menaip. Memandangkan jawatan berkaitan kewangan jadi diberi satu salinan teks/rajah kemudian taip semula di microsoft word dan diberikan menyalin semula ke word dlm beberapa minit sahaja. Alhamdulilah dpt juga salin semuanya sekali. So jari kena cepat dan cekap lah.
Tunggu punya tunggu jam hampir 2 petang. Terlalu ramai calon jadi bertabahlah ya. Masuk ke dalam bilik temuduga juga dlm berkumpulan iaitu dlm 6 calon .
Di situ macam macam gelagat calon , ada yang mcm berpengalaman sgt, ada yang menggigil , ada yang terlalu yakin dan ada juga yang terlalu steady . Jadi persiapan diri dalam temuduga tu sangatlah penting .
Calon masing-masing jg berusaha menonjolkan diri dgn pengalaman kerja yang berkaitan dgn jawatan. Kebetulan achai masa tu mmg dah berkhidmat di UMS jg sebagai pembantu tadbir kewangan secara kontrak jadi adalah sikit-sikit pengalaman.
Masa tu seperti biasa perkenalkan diri/ latar belakang keluarga serta pendidikan.
Kemudian, panel bertanya tentang tugas-tugas kewangan . Tapi soalan itu hanya diajukan kepada calon-calon lain pada masa tu sebab panel sedia maklum achai da mmg melakukan tugas-tugas kewangan antaranya :
Memproses tuntutan bayaran pembekal , Memproses tuntutan bayaran kakitangan termasuk claim perjalanan kakitangan / claim pelbagai kakitangan / elaun lebih masa , Memproses pengurusan perolehan Local Purchase Order dan segala aktiviti bayaran berkaitan .
Jadi dengan achai panel cuma bertanya tentang terimaan. Masa tu achai explain yang achai hanya tahu sedikit sahaja berkaitan dengan terimaan . Kebetulan masa di UMS achai mmg sudah dipindahkan ke unit/zon kewangan sains iaitu di zon kewangan sains jg membuat aktiviti bayaran termasuklah terimaan (meresit ) .
Alhamdulilah , rezeki sekali lagi memihak kpd achai . Dan achai berkhidmat di Pejabat Risda Daerah sehingga kini.
Tumpang tnye achai..kalau mcm sy dpt interview risda,sy perlu melalui exam tak?
ReplyDeletekalau tidak pengalaman dalam bidang kewangan tapi dapat interview dalam bidang kewangan risda macam mana tu
DeleteTahniah kerana berkhidmat dengan RISDA. Saya dah 12 tahun berkhidmat dengan RISDA. 2 tahun di HQ dan 10 tahun di Penang. Jawatan Penolong Jurutera. Boleh add saya di FB Wan Maslina Ismail
ReplyDeletesalam sejahtera, nak tanya, RISDA memang akan emel untuk jalankan ujian saringan kesihatan terlebih dahulu ke??
ReplyDelete