PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUAUDIT W29 (SPA)
Assalamuaikum w.b.t , kali ini achai mau
share experience achai interview jawatan Penolong Juruaudit W29 di SPA Negeri
Sabah bagi Jabatan Audit Negara.
Waktu achai sampai tu x ramai sgt sbb awal
sampai di pusat temuduga lebih kurang jam 7.20 pagi.
Masa tu urusetia suruh letak dulu resume
dan borang yang perlu disertakan tu dimeja urusetia sambil tunggu untuk
dipanggil . lepas tu , urusetia akan menyemak dokumen yang diperlukan.. Jgn lupa apa yang
penting , gambar ukuran passport, kad pengenalan , sijil lahir, sijil spm,
transkrip diploma , dploma, sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil yang berkaitan yang dirasakan
perlu sila bawa original dan copy ya.
Masa tu achai calon yg ke 4 untuk ditemuduga
. Dalam setiap bilik ada 2 panel.. Seorang dr pihak SPA dan sorang lagi wakil dari jabatan audit negara . Masa tu
panel dari JAN tu siap ada laptop sambil dia tanya sambil dia semak maklumat kat spa ... jadi
nda bole tipu.
Memandangkan achai da bekerja dgn kerajaan
jadi soalan agak lain sikit berbanding dgn calon awam.
PANEL SPA
: Cerita serba sedikit tentang
diri , keluarga, dan pendidikan kamu.
PANEL SPA
: Kamu skg berkhidmat sbgai
pembantu tadbir kewangan w19 , ceritakan pengalaman kamu sepanjang berkhidmat
(tugas-tugas) .
PANEL SPA : Apa yang kamu tahu tentang
NBOS?
PANEL SPA : Bagaimana pula dengan NKRA?
PANEL SPA : Apa yang kamu faham tentang
GST?
PANEL SPA : Panel bertanya tentang kerja
achai dan dia akan tanya kerja tu berkaitan dgn audit sikit.
PANEL AUDIT: Apa pendapat kamu tentang
Profesionalisme?
PANEL AUDIT: Apa pula pendapat kamu tentang
kerja berpasukan?
Temuduga haritu dalam 30 minit juga, lepas
tu panel SPA adala tanya kat achai apa apa soalan terakhir ka sebelum kita
akhiri temuduga ini. Jadi achai pun tanyala tentang harapan untuk dapat jawatan
tu. Masa tu ikut statistik kekosongan seluruh malaysia dalam 38 kekosongan saja
dan calon tersangatlah ramai, jadi kita doalah semoga ada rezeki utk memegang
jawatan sebagai penolong juruaudit.
Terima kasih
Comments
Post a Comment