PENGALAMAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17 (KONTRAK)

TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17 (KONTRAK) - UNIVERSITI MALAYSIA SABAH - MEI 2015

.

Alhamdulilah dalam bulan  dua (2) kali dapat panggilan Interview. First interview di Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) dan satu lagi di UMS .

Masa tu dlm bilik temuduga lebih ada 3 panel iaitu wakil-wakil jabatan-jabatan di dalam UMS dan seorang dari bahagian sumber manusia.

Dalam sesi temuduga pula diadakan dalam berkumpulan, Jadi perlu tonjolkan diri anda tanpa sebarang keraguan , penipuan yang agak mencurigakan. hahaha sebenarnya ada cerita nti achai cerita okay.,

Jadi, disimpulkan cerita , dlm tu calon ada dlm 10 orang juga. Kebetulan masa tu achai seorang saja calon lelaki dan 9 lagi calon perempuan. Masa tu achai calon yang ke 3 dalam senarai nama . Kira urutan nama untuk disoal oleh panel.

Pertama sekali panel bertanyakan tentang diri / latar belakang keluarga/ pendidikan . Dlm masa panel bertanya tentang pendidikan tu panel tanya kpd smua calon siapa yang ada sijil simpan kira-kira .panel ingin tahu sebab jika diterima bekerja tangga gaji yang ada sijil simpan kira-kira berbeza dgn yang menggunakan taraf spm . 

Jadi masa tu ada seorang calon ni, dia cakap dia ada sijil simpan kira-kira tu. Panel pun tanya la soalan-soalan dgn dia berkaitan . Calon tersebut seolah-olah memutar belitkan cerita dan finally kantoi yang dia cuma tiada pun sijil tu . Jadi pengajarannya jangan tokok tambah. Jujur lebih baik.


Tips ? adalah yang achai msh ingat. Contohnya latar belakang ums, tugas-tugas pembantu tadbir kewangan . Soalan yang ditanya tidak lah seperti soalan-soalan yang sering ditanya diperingkat SPA. Syukurla juga soalan tidak terlalu menakutkan. Masa tu kekosongan cuma 2 . Dan calon ramai jugalah. 

Sekali lagi alhamdulilah achai berjaya dlm temuduga jawatan pembantu tadbir kewangan w17 secara kontrak pusat , 

Achai ditempatkan di Zon Operasi Kewangan Sastera Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah pada 01 Julai 2015.


Apapun perkhidmatan achai di UMS berakhir pada 30 Mei 2017 kerana achai berjaya dalam temuduga jawatan yg sama tetapi secara kakitangan tetap di Pejabat Risda Daerah .

TIPS :

Latar belakang universiti
Tugas-tugas pembantu tadbir kewangan


Semoga berjaya!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUAUDIT W29 (SPA)

PENGALAMAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19 (TETAP ) - RISDA

PENGALAMAN TEMUDUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PEKERJAAN - PERKESO