PENGALAMAN TEMUDUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PEKERJAAN - PERKESO

Pada November 2017, Perkeso mengeluarkan iklan jawatan kosong dan achai telah memilih untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan sebab masa tu kekosongan amat banyak yang ditawarkan untuk jawatan tersebut. Sebelum temuduga achai blur jugalah dgn nama jawatan ni, rupa-rupanya jawatan ni baru diwujudkan disebabkan oleh produk baru perkeso iaitu SIP Sistem Insurans Pekerjaan yang baru dilaksanakan. Jadi achai pun ambil insentif untuk buat group whatsapp untuk temuduga kali ni. Memandangkan pihak sumber manusia perkeso memberi panggilan temuduga melalui email jadi achai pun copy semua email kemudian sent invitation link group whatsapp tersebut. Alhamdulilah ramai juga yang masuk dlm group tu dalam 90 calon.Tapi hanya calon yang hari temuduga yang sama dan lokasi yang sama. Tapi dh mcm group family ja sbb semua pun sporting abis. Sampai skg group tu masih aktif seperti biasa dan mulalah ikatan persahabatan dlm tu. Alhamdulilah ada kawan baru . Dalam group tu lah tahu jg...