PENGALAMAN TEMUDUGA PEKERJA SAMBILAN HARIAN ( PSH ) LPPKN SABAH - PEMBANTU PERANGKAAN SAMBILAN
Hi , cerita-cerita lupa mau kasi cerita pengalaman temuduga di sektor kerajaan buat pertama kalinya walaupun utk jawatan sebagai PSH. Masa tu kekosongan untuk jawatan PSH tu sgt byk diperlukan oleh LPPKN sebab masa tu mereka ingin mencari pekerja yang berkemampuan untuk bertugas di luar pejabat. Masa tu LPPKN akan menjalankan satu kajian kaji selidik berkenaan kependudukan kekeluargaan ,
Kajian yang dimaksudkan ialah kajian penduduk keluarga malaysia ke 5 (KPKM-5) 2014 . Temuduga berlangsung di Pejabat LPPKN Sabah di Tg.Aru . Ketika tu ramai sgt calon yang hadir. Semua pun muka-muka fresh graduate. Jawatan sambilan saja, gred spm lagi tapi calon yang hadir bukan calang-calang, ada yang mempunyai kelulusan diploma dan ijazah . Tengok betapa susahnya cari pekerjaan pada masa ini. Jadi jgn memilih. Org bilang biar dari bawah. Pelan-pelan ba.
Masuk saja dibilik temuduga, temuduga seorang demi seorang calon. Nasiblah sebab kalau berkumpulan punya temuduga perlu tonjolkan diri jadi yang terbaikla katakan.. Jadi masa tu apa yang masih saya ingat, panel bertanyakan tentang diri, keluarga, pendidikan. Kemudian , soalan panel tentang isu semasa pada masa tu, selain tu , panel bertanyakan lagi pasal nama menteri , nama pengarah negeri sabah, Jadi saya sarankan bacalah tentang nama nama menteri berkaitan dengan kementerian/jabatan yang kamu bakal temuduga tu.
Oleh sebab psh kali ni kerja luar pejabat jadi panel bertanyakan tentang adakah sanggup bekerja jauh dari keluarga? adakah sanggup turun naik bukit? dan macam macam lagila. tapi biasalah calon semua pun sanggup. Tapi mmg betul mmg ada naik naik bukit sebab kita pergi membanci dirumah rumah org . hihi.. tu jakla š¼
Comments
Post a Comment